click here!!

Thursday, April 22, 2010

Kejohanan MSSM Tenpin Boling 2010 Di Melaka

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia acara tenpin boling akhirnya diadakan juga dan tuan rumah kali ini adalah Melaka Bandaraya Bersejarah.Pada mulanya sukan ini antara yang digugurkan dari kalender kejohanan MSSM tahun ini.

Dua orang anak penulis terpilih mewakili negeri Pahang Darul Makmur bawah kategori Perempuan Bawah 18 Tahun iaitu Ain Farah Suffieyya dan Ain Farah Saffurra pula bagi kategori Perempuan Bawah 15 Tahun.Anak lelaki penulis, Ahmad Zul Fikhrie pula yang belajar di MRSM Kubang Pasu,Kedah tidak berjaya mewakili Kedah Darul Aman apabila hanya menduduki tempat ke sepuluh pada acara master final Lelaki Bawah 18 Tahun Kejohanan MSSM peringkat negeri Kedah.Hanya empat pemain setiap kategori layak mewakili negeri ke kejohanan MSSM peringkat kebangsaan.

Penulis ,isteri dan anak bongsu, Ahmad Zul Farish turut serta menyaksikan kejohanan tersebut yang bermula pada 24/4/2010 hingga 27/4/2010 pada hari kedua,ketiga dan keempat kejohanan memandangkan pada 23/4/2010 penulis ada mesyuarat di Kuala Lumpur dan menyertai Kejohanan Boling Jemputan PKNS 2010 di Pyramid Megalanes pada 24/4/2010.

Pada pengamatan penulis,taraf kejohanan semakin meningkat dengan jatuhan pin yang tinggi dilakukan olen pemain-pemain.Jurang pencapaian antara pemain negeri-negeri bertanding amatlah kecil di mana kesemuanya mempunyai peluang mencapai kejayaan kecuali pasukan negeri Perlis Indera Kayangan.Kerajaan negeri Perlis perlu melakukan sesuatu untuk memajukan sukan ini agar setanding dengan negeri-negeri lain terutamanya mencontohi pencapaian negeri Terengganu Darul Iman yang agak cemerlang pada kejohanan kali ini dengan mempelihatkan pemain-pemain bertaraf kebangsaan.Suatu ketika dulu termasuk kejohanan yang lepas kedua-dua pasukan negeri ini merupakan pasukan belasahan yang menghuni kedudukan tercorot dalam semua kategori yang dipertandingkan.

Di sini penulis tidak mahu highlightkan keputusan kejohanan tersebut tetapi ada sesuatu yang tergambar di sebalik kejohanan tersebut iaitu kejayaan dan kegagalan.

Pada fikiran kita apakah yang diperlukan untuk berjaya?Adakah kita berfikir orang yang berjaya itu sememangnya dilahirkan sedemikian atau kita berfikir bahawa sesetengah orang berhak untuk berjaya dan sebahagian pula yang gagal hendaklah terima saja apa yang menimpa mereka.

Manusia sering keliru antara kegembiraan dengan kejayaan.Kekeliruan itu boleh menghalakan kita ke arah-arah yang silap dalam menuju kejayaan dan berkesudahan dengan kegagalan.Definasi tunggal yang sepatutnya ditanam dan digunapakai...KEJAYAAN ADALAH MENDAPAT APA YANG KITA KEHENDAKI...Ia tidak sama dengan rasa gembira iaitu menikmati apa yang kita telah pun ada.

Untuk bergembira, kita tidak memerlukan apa-apa.Hanya berpuashati dengan apa yang kita ada.Orang-orang yang berjaya tidaklah berbeza dengan mereka yang tidak mencapai apa yang diidamkan dalam hidup.Kadangkalanya pebezaan antara kejayaan dengan kegagalan diukur dengan meter atau dalam konteks permainan boling menerusi jatuhan pin.Katakan juara memperolehi RM10000.00 tetapi biasanya tempat kedua memperolehi paling banyak 50% daripada apa yang diperolehi oleh sang juara, sekitar RM5000.00 sahaja walaupun perbezaan jatuhan hanyalah satu pin sedangkan hakikatnya tidaklah sang juara itu kehebatan dan kepandaiannya dua kali ganda naibnya.

Demikianlah di dalam kehidupan, orang yang memperolehi pendapatan tiga kali ganda daripada orang lain tidaklah bekerja tiga kali ganda lebih keras.Tidak juga mereka telah menggandakan pengetahuan, kepintaran atau potesi mereka.Mereka hanya komited ke arah mencapai matlamat mereka dan sentiasa mencari peluang yang gagal dilihat orang lain.
Kita ambil contoh dua orang jurujual selipar dihantar kekawasan pendalaman untuk meneroka pasaran baru.Tempat pertama adalah di kawasan pendalaman yang mana penduduknya berkaki ayam.Jurujual pertama menalipon ibupejabat mengatakan di sini tiada prospek dan suram masa depan serta menyatakan beliau akan pulang esoknya.Namun jurujual kedua menalipon ibupejabat dan berbeza sekali berita yang disampaikan.Katanya potensi yang amat besar di situ dan tiada langsung persaingan.Beliau akan berada di situ dan berusaha ke arah yang diamanahkan sehingga berjaya.

Sebenarnnya juga, bukan keputusan yang besar yang dibuat dalam kehidupan kita yang menentukan kejayaan tetapi hal-hal yang kecil apabila dijumlahkan akan menunjukkan perbezaannya.Kita lihat banyak kes kelekaan,kecuaian dan pertimbangan silap sesaat telah banyak mengundang padah dan kecelakaan.Rumusannya di sini kelainan yang membuatkan semua perbezaan yang lain.

Kesempatan di sini penulis mengucapkan tahniah kepada adik Fatin Najihah dan Nur Afikah kerana menyelamatkan maruah pasukan Pahang dengan pingat-pingat termasuk emas serta terpilih mewakili pasukan Malaysia ke Kejohanan Boling Sekolah-Sekolah Asia yang mana Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada tahun ini.Juga kepada pasukan Terengganu dengan pencapaian yang amat membanggakan.

Kepada anakanda, Ahmad Zul Fikhrie tidak perlu kecewa disebabkan tidak terpilih mewakili Kedah pada tahun ini kerana wakil-wakil nya amatlah hebat dan salah seorang daripada mereka telah melakukan perfect game tetapi renungilah nukilan ayahanda ini untuk membina kejayaan lebih cemerlang di masa hadapan.

Anakanda Ain Farah Suffieyya dan Ain Farah Saffurra cuba renungkan.....