click here!!

Monday, December 20, 2010

Menyalahkan Orang Lain Kerana Kekalahan

Sekali lagi penulis membicarakan perihal kehidupan. Kali ini cuba renungi kisah dan tabiat yang agak biasa berlaku kepada kita termasuklah diri penulis sendiri.

Kita berhasrat menggantungkan gambar berbentuk tulisan khat di dinding rumah. Ketika itu suasana di luar rumah begitu bising dengan suara kanak-kanak yang sedang bermain. Namun kita tidak begitu kisah dengan suasana tersebut kerana ianya tidak mengganggu kerja yang akan kita lakukan.

Setelah melihat-lihat dan menilik pada dinding rumah, kita pun menandalah tempat untuk diletakkan gambar tersebut. Dengan tangan kiri diletakkan hujung paku ke dinding dan mula menghentak kepala paku itu dengan penukul yang di tangan kanan kita.

Entah bagaimana, penukul yang dihentak itu meleset dari sasarannya dan tepat menuju ke ibu jari tangan kiri kita. Serentak dengan rasa sakit yang amat sangat itu, dengan suara yang bagaikan petir menyambar, kita menjerit dan mengherdik ke arah kanak-kanak yang bermain di luar rumah.

Dengan maki dan sumpah seranah, "Hai budak celaka! Jangan bising!!!"

Suasana tiba-tiba senyap.

Realitinya, yang memegang paku adalah tangan kiri kita sendiri dan yang memegang penukul pula adalah tangan kanan kita sendiri juga. Yang mengatur hentakan pada adatnya adalah diri kita sendiri. Kerja tersebut tidak ada hubungannya dengan suara bising, kerana kita bukannya membuat kerja-kerja merakam suara.

Jadi, mengapa kita menyalahi kanak-kanak pula? Atau kita kita marah kepada siapa? Kalau kita marah pada diri sendiri, kenapa kita hamburkan kemarahan dan caci nista kepada orang lain, atau apa yang paling ditakuti kita marah kepada Allah SWT kerana kejadian ini.

Adalah juga antara kita mula mereka-reka cerita tentang kegagalan pekerjaan kononnya terdapat faktor-faktor yang mengganggu-gugat sehingga kita menemui kegagalan. Cuba menafikan kelemahan dan kesilapan diri sendiri padahal perkara tersebut tidak akan membantu kegagalan tadi beroleh kejayaan, tetapi akan lebih memudharatkan lagi keadaan.

Maka apa yang nyata adalah kita hendaklah bertanggungjawab di atas apa-apa yang berlaku hasil tindakan kita tanpa menyalahkan orang lain dan bertawwakallah kepada Allah SWT kerana Dialah yang Maha Hebat Kuasa dan AturanNya.

2 comments:

  1. salam..sorry out of topic..boleh tak mohon tuan rumah tulis pasal kronologi kehilangan adik durrani arfah masrol..kalau ada gambar tempat kejadian,upload lah sekali..tq

    ReplyDelete
  2. Salam.Maaf kerana baru terbaca komen ini.Teramat sibuk akhir2 ini sehingga dah tak sempat nak update blog ini.Saya terlepas pandang tentang kehilangan adik Durrani Arfah Masrol ini.Boleh bagi clue sikit..?

    ReplyDelete